Monday, 21 January 2013

Online Copyright Part 1

Assalamualaikum..

Kali ni baru nak update pasal presentation hari tu...masa 1st presentation, ambil tajuk pasal Online Copyright. Cerita nya hampir sama je dengan copyright.










end of presentation 1...

Wednesday, 16 January 2013

aLL about Ethics paper

Salam semuanya... agak lama gak la tak update blog ni..tp..kena biasakan diri melawat dan update blog. Nebes semakin terasa pulak bila nak menjawab paper Ethics, jumaat nanti. segala persiapan harus lah ada buat bekalan kat dalam DSI tu nanti..

Bila tengok past sem paper Ethics ni, kena tau banyak isu semasa dan ilmu pengetahuan..so, kena la rajin membaca isu-isu semasa kalau nak senang jawab paper tu nanti, harap2 dpt menjawab dengan baik. 

Lagi satu, kena baca gak slide previous presentation, tak kesah la slide presentation sendiri atau dari group lain, semua informasi dalam semua slide tu amat berguna, boleh gak digunakan tuk menambah ilmu pengetahuan.

Rasanya setakat ni je dulu, kiranya nak sambung study tuk paper Ethics jumaat nanti. Doakan semua dapat jawab paper Ethics dengan sebaiknya...


Wednesday, 9 January 2013

Term Paper Ethics

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Kali ni nak cerita pasal term paper ethics pulak..masing-masing dah pilih tajuk, dan ambik masa jugak la nak paham ngan tajuk dia, kena pulak kaitkan ngan situasi kat Malaysia ni.. kumpulan ktaorg buat pasal Computerization at Work..kalau di cari-cari, tak jumpa pun apa-apa pasal law yang mengaitkan pasal computerization at work, kalau ada pun, pasal law pasal pekerjaan macam tempoh cuti mengandung.. tu ja paling ingat..hehe..

So, lepas difikir lama-lama, dapat jugak la sedikit sebanyak idea nak buat term paper ni, contoh nya cerita pasal jenis pemantauan yang ada di aplikasikan di kebanyakan syarikat, privacy kat tempat kerja yang harus diketahui ngan dia punya law yang berkaitan sedikit sebanyak. 

Pagi nanti ktaorg nak present termpaper ni...harap-harap dapat present dengan baik..tak boleh tido pulak nebes nak present pagi nanti... aLL the best jugak tuk kawan2 yang lain tuk presentation nanti... ^_^

Thursday, 20 December 2012

Last day sem 6

salam...alhamdulillah...ari ni last day kelas tuk semester 6 ni...tp kerja masih byk lg tak settle, so study week ni bertungkus lumus la nak siapkan semua kerja sblm final menjelma thn dpn..  ^_^ ..presentation ethics pun tinggal mid term paper je lagi,3 presentation da lepas, 2 presentation cerita pasal copyright dan tadi aku cerita pasal plagiarism..saja je nak ingatkan diri sendiri supaya jangan copyright dan jgn copy paste article orang lain jd kan kita punya research paper..terutamanya  tuk report fyp, report mid term ethics jgn dilupakan jugak.. ^_^...next time smbung cite la..nak sambung buat draft report tuk fyp lak..all the best tuk kwn2 semua... !!!

Monday, 1 October 2012

Pembuka mulut

Assalamualaikum....

Ni first blog aku..so, macam biasa la kan, kalau dah first time, kena la bagi sepatah dua kata tentang diri aku.. kisah nya bermula dari sini.....

Sejak aku pandai membaca, aku tengok sendiri nama aku kat surat beranak, mak bapak aku bagi nama kat aku Noor Syahida binti Drahman. Family aku ngan rakan sebaya panggil aku Ida je, adik-adik pulak panggil aku Kak Ida, 5 tahun yang lepas, tiba-tiba pulak aku dapat panggilan baru, kak long.

Kat surat beranak tu jugak tertera tarikh lahir aku. Aku lahir hujung bulan November. Aku lahir kat Mukah, Sarawak. Mak ngan bapak aku berbangsa Melanau, so secara automatik aku berbangsa Melanau jugak. Aku anak ketiga daripada empat adik beradik. Aku ada sorang abang, sorang kakak ngan sorang adik perempuan.

Waktu zaman tadika ngan sekolah rendah dulu, sekolah aku dekat2 je ngan area umah, kira macam loceng sekolah pun boleh dengar dari rumah aku, so kompem2 la hari2 aku jalan kaki g sekolah ngan abang kakak aku. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku memohon masuk  sekolah sama ngan tempat mak aku mengajar, SMK Three Rivers Mukah, hari2 kena bangun awal,  pegi sekolah awal sebab pegi sekolah sekali ngan mak aku. Sepanjang belajar kat situ, alhamdulillah mak aku tak pernah masuk mengajar kelas aku. Lepas tu, aku sambung tingkatan 6 kat SMK Rosli Dhoby, Sibu. Kat sinilah aku kenal ngan junior aku, Hasyimah, merangkap classmate merangkap roomate merangkap housemate aku masa kat UiTM.

Lepas tu, aku sambung Diploma Komputer Sains kat UiTM Kota Samarahan. Aku masuk UiTM lewat sikit dari yang sepatutnya, so classmate aku semuanya adik2, dari situ la bermulanya panggilan "kak long" hasil ciptaan shairah a.k.a lai dan nama tu kekal sampai sekarang. Waktu diploma dulu, aku hampir2 dapat mencapai selendang Anugerah Naib Canselor tapi masa semester 5 aku kecundang, frust giler time tu, tapi terubat sebab aku dapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Sains Komputer dan sekaligus jadi Pelajar Terbaik Keseluruhan Diploma..syukur alhamdulillah...

Dan....tahun lepas aku dapat sambung degree kat UiTM Perak, semakin jauh pulak aku merantau sampai ke negeri orang. Tapi takpe, bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandang..akhirnya...sekarang aku berada dalam tahun akhir, 2nd last semester sebelum aku menjalani praktikal sem depan....sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja...terlebih lebar dan panjang pulak sepatah dua kata dari aku ni... tatatititutu :-)